Saturday, September 22, 2018

Real Litter Pasir Paling Power

Assalammualaikum dan selamat tengahari. 

Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini dikategorikan sebagai pasir arang. Terdiri kepada 3 jenis iaitu Real Litter Multi Cat 10L, Real Litter Combat 13L & Real Litter Hygiene 13L. Kelebihan pasir Real Litter adalah mempunyai sistem anti bakteria yang mampu mencegah masalah kuman atau virus. Setiap jenis pasir Real Litter ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jom sambung baca mengenai kelebihan setiap pasir Real Litter..




Real Litter Multi Cat 10L sesuai untuk anda yang mempunyai jumlah si bulus yang banyak dan kuantiti pasir 10liter. Ianya selamat digunakan kerana tidak akan membahayakan kesihatan si bulus anda dengan adanya pelindung anti bakteria. Antara kelebihannya ialah menggunakan formula penggunaan kucing yang banyak, teknologi karbon yang mampu menyerap bau busuk najis, kuasa dua kali ganda dengan pantas menyerap najis, tidak mudah melekat pada tapak kaki /  tangan si bulus dan pasir tidak berdebu. 

Real Litter Multi cat 10L


Real Litter Combat 13L sesuai untuk pencinta kucing yang tidak mempunyai masa untuk menapiskan najis si bulus setiap hari dan sensitif dengan bau busuk najis si bulus. Dengan mempunyai kuantiti pasir 13liter dan kelebihan dapat mengurangkan aktiviti anda menapis najis si bulus setiap hari, kuasa dua kali ganda perlindungan anti bakteria, kebolehan tidak mudah melekat pada tapak kaki /  tangan si bulus. Dan yang paling penting ianya tidak berdebu. Memudahkan anda untuk menapis tanpa kena debu-debu pasir. Sebagai contoh, Real Litter Combat 13L ini sesuai digunakan untuk ibu bapa si bulus yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menapiskan najis si bulus setiap hari. Ia dapat membantu mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa ibu bapa si bulus. 

Real Litter Combat 13L



Real Litter Hygience 13L sesuai untuk si bulus yang mempunyai masalah sakit seperti kurap dan alergik terhadap pasir tertentu. Dengan kemampuan menyerap najis dengan lebih lancar kerana mengandungi kandungan silica yang mampu menyerap kelembapan dan bau daripada terperangkap. Tindakan pelindungan 3 kali ganda maksima anti bakteria yang mampu melindungi kebersihan si bulus anda. Dan juga, ianya mempunyai kuasa tidak mudah melekat pada tapak kaki /  tangan si bulus. Selain itu juga, Real Litter Hygience ini sesuai digunakan kepada anak kucing yang baru belajar membuang air / najis kerana ianya selamat digunakan kepada anak kucing dengan adanya kuasa anti bakteria 3 kali ganda lebih hebat. 


Real Litter Hygiene 13L


Kini anda boleh dapatkan stok Real Litter di MJ Garden Petshop. Atau pembelian di atas talian di Shopee atau Lazada MJ Garden Petshop. 









Wednesday, April 18, 2018

Masalah Kucing Cirit Birit

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami nak kongsikan perkongsian bertajuk Masalah Kucing Cirit Birit. Ramai pencinta kucing tidak tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka menghadapi masalah cirit birit. 


Punca yang menyebabkan kucing cirit birit dibahagikan kepada tiga iaitu pertukaran makanan secara mendadak, kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu dan tidak mendapatkan rawatan ubat cacing. Pertama, pertukaran makanan secara mendadak juga boleh menjadi punca kucing anda mengalami masalah cirit birit. Sekiranya anda boleh memberikan makanan baru kepada kucing anda pastikan mengikut ratio tersebut : (rujuk gambar di Jadual Pemberian Makanan Baru secara beransur-ansur). Kedua, apabila kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu, perut kucing tidak mampu untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu tersebut. Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami masalah cirit-birit. Ketiga, kebiasaannya masalah cirit-birit berlaku apabila kehadiran lendir / darah pada najis menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Sisa makanan luar yang terbiar lama boleh menyebabkan perut kucing anda mengalami masalah cacing dan menyebabkan cirit-birit. Tidak melakukan rawatan cacing di vet berhampiran juga menjadi faktor kucing peliharaan anda boleh mengalami cirit-birit.


Berikut merupakan penyelesaian bagi punca pertukaran makanan secara mendadak, kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu dan tidak melakukan rawatan cacing. Pertama pertukaran makanan secara mendadak, kami boleh mencadangkan anda menggunakan makanan kering iaitu Royal Canin Sensible 33 merupakan makanan super premium. Diformulasikan secara khusus dengan zat gizi yang mudah dicerna dan mengandungi protein yang mudah dicerna dan bahan terpilih untuk meningkatkan sistem percernaan dan sumber dari serat-serat tertentu dan prebiotik yang membantu mendukung perkembangan bakterus baik dan menjaga keseimbangan badan kucing peliharaan anda.


Kedua, apabila kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu boleh digantikan dengan susu Cindy Recipe Milk Cat & Kitten dan Pets Own Milk. Cindy Recipe Milk sesuai untuk anak kucing berusia 6 minggu ke atas dan kucing dewasa. Diperbuat daripada 100% susu lembu asli tanpa kandungan gula dan Belgium. Diformulasikan dengan vitamin dan taurin yang bagus untuk keseimbangan kesihatan kucing. Pets Own Milk sesuai untuk kucing dewasa dan diperbuat dari Australia. Susu yang bebas dari kandungan laktosa. Terdapat kandungan kalsium yang bagus untuk membentuk tulang yang kuat dan kepadatan tulang kucing. Mengandungi lemak asid yang membantu mengekalkan kulit dan bulu yang cantik. 


Ketiga, apabila kucing mengalami masalah berak berlendir / darah digalakkan memberikan ubat cacing untuk mencegah cacing dalam perut kucing bagi membasmi cacing gelang dan cacing kerawit. Dos untuk berikan kepada kucing ialah 0.5ml berat badan kucing pada usia 2, 4, 6 dan 8 minggu. Manakala 1ml untuk kucing dewasa. 


Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat  mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat  kepada anda.




Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing bulu gugur boleh di dapati di kedai kami MJ Garden Petshop.

Terima kasih.



Monday, April 2, 2018

Masalah Kucing Bulu Gugur

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini kami nak kongsi serba sedikit perkongsian bertajuk Masalah Kucing Bulu Gugur. Masalah ini berlaku kepada pencinta kucing yang membela kucing peliharaan mereka. Tetapi berapa ramai pencinta kucing tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka berhadapan dengan masalah tersebut? Adakah mereka tahu cara untuk menyelesaikan masalah yang dibelenggu oleh kucing peliharaan mereka? Mari kami kongsikan kepada anda.


Punca yang menyebabkan kucing bulu gugur dibahagikan kepada tiga iaitu kekurangan nutrisi atau zat vitamin, kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna dan kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik. Pertama, kekurangan nutrisi atau zat vitamin dalam badan kucing juga boleh menjadi penyebab bagi masalah bulu gugur pada kucing peliharaan mereka. Kucing peliharaan anda mudah hilang selera makan sehingga menjadikan kucing anda stress dan kemurungan. Hal ini boleh menjadi punca kucing anda mengalami masalah bulu gugur. Kedua, kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna-warni sehingga menyebabkan bulu kucing gugur. Kandungan bahan pewarna serta garam yang tinggi berpotensi menyebabkan bulu kucing anda gugur. Ketiga, kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik seperti membiarkan kucing dalam keadaan tidak bersih atau tidak memandikannya dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan pembiakan kutu berlaku. Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami masalah gatal pada kulit. Kucing peliharaan mula kerap menggaru sehingga luka dan menyebabkan bulu gugur. 


Berikut merupakan penyelesaian bagi punca kekurangan nutrisi atau zat vitamin, makanan yang berwarna-warni atau kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik. Pertama, apabila kucing kekurangan nutrisi atau zat vitamin anda boleh berikan kucing anda memakan Nutri-Vet Brewer Yeast atau GimCat Multi-Vitamin PasteNutri-Vet Brewer Yeast berbentuk pil dan mengandungi vitamin B, zink, protein dan asid amino. Ianya juga mengandungi nutrisi yang boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan kucing dan menjadikan kulit kucing sihat dan bersinar. Manakala GimCat Multi-Vitamin Paste berbentuk gel yang mudah dihadam serta mudah diberi kepada kucing peliharaan mereka. Ia mengandungi 12 vitamin dan terdapat nutrisi yang seimbang dalam membantu perkembangan kulit dan bulu kucing.

Kedua, apabila kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna-warni yang berpotensi menyebabkan bulu kucing gugur, anda boleh menukarkan kepada makanan kering kepada jenama Sabina dan Buttons and Bows. Sabina sesuai untuk kucing dewasa dan anak kucing yang mempunyai perisa ikan. Dan juga, mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang seimbang untuk proses pembesaran kucing. Selain itu, Sabina juga mengandungi omega 3 & 6 yang berkhasiat untuk bulu kucing berkilat dan sihat. Seterusnya Buttons and Bows sesuai untuk kucing dewasa dan anak kucing. Ia merupakan perisa ayam dan mengandungi kualiti protein yang diperbuat daripada ayam yang berkualiti tinggi dan protein telur. Ia juga terdapat omega 3 & 6 yang dicampur dengan rami untuk merangsang kulit dan bulu yang sihat. 

Ketiga, kucing wajib mandi sekurang-kurangnya sebulan dua kali bagi mengelakkan dijangkiti kutu atau kurap. Kucing digalakkan mandi bagi mengelakkan ketidakselesaan pada badan apabila badannya kotor. The Rugged Dandanan For Cats (TRD) menyediakan perkhidmatan untuk mandikan kucing peliharaan anda. Terdapat empat jenis mandian iaitu mandi kutu, mandi kurap, mandi basic dan full grooming.

Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. 






Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing bulu gugur boleh di dapati di kedai kami MJ Garden Petshop.

Terima kasih.


Sunday, March 25, 2018

Kucing dijangkiti kutu

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami nak kongsikan perkongsian bertajuk Kucing Dijangkiti Kutu. Ramai pencinta kucing tidak mengetahui cara untuk mengatasi masalah kutu yang dijangkiti oleh kucing mereka.

Punca yang menyebabkan kucing dijangkiti kutu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik, persekitaran luar rumah yang kotor dan tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Pertama, kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik seperti dibiarkan kotor tanpa membersihkan atau memandikan kucing dalam tempoh agak lama. Kedua, persekitaran luar rumah yang kotor serta kucing-kucing luar yang datang ke rumah anda boleh mengakibatkan kucing anda diangkiti kutu. Ketiga,  tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Hal ini menyebabkan pencinta kucing memandang enteng atau tidak mengambil tahu untuk merawat kutu pada kucing peliharaan dengan menggunakan ubat kutu.

Berikut merupakan penyelesaian bagi punca kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik, 
persekitaran luar rumah yang kotor dan tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Pertama, kucing wajib mandi sekurang-kurangnya sebulan dua kali bagi mengelakkan dijangkiti kutu. The Rugged Dandanan For Cats (TRD) menyediakan perkhidmatan untuk mandikan kucing. TRD juga menyediakan perkhidmatan pick-up di rumah, jika anda tidak mempunyai masa untuk menghantar kucing mandi. Terdapat empat jenis mandian iaitu mandi kutu, mandi kurap, full grooming dan mandian basic. Kedua, kucing yang telah mendapatkan mandian kutu atau rawatan ubat kutu digalakkan kuarantin menggunakan sangkar yang bersesuaian bagi mengelakkan jangkitan kutu berlaku lagi. Tujuan kuarantin kucing adalah untuk mengelakkan kucing anda bergaul bebas dengan kucing luar yang berkemungkinan mempunyai kutu badan yang kronik. Ketiga, terdapat dua jenis ubat kutu yang kami cadangan dalam menyelesaikan masalah kutu kucing iaitu Jusz End-It dan Frontline SprayJusz End-It merupakan ubat kutu yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Tiada campuran kimia dan tidak membahayakan kucing anda. Setiap kotak mengandungi 4 tiub yang bertahan selama 4 hingga 6 minggu untuk 1 tiub. Berat kucing 4kg dan ke atas untuk 1 tiub. Frontline Spray berbentuk spray. Cara penggunaan spray ialah dengan menggunakan collar di leher kucing selepas spray keseluruhan badan kucing. Kucing yang menyusukan anak kucing tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan si ibu kucing. Kawalan kutu dewasa apabila digunakan setiap 4 hingga 8 minggu.

Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.


Kesemua jenis produk yang kami cadangan dalam menangani masalah kucing dijangkiti kutu boleh didapati di kedai kami MJ Garden Petshop.

Terima kasih.

Sunday, March 11, 2018

Kucing hilang selera makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini kami nak kongsi serba sedikit perkongsian bertajuk Kucing Hilang Selera Makan. Ramai pencinta kucing tidak tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka sakit yang menyebabkan hilang selera makan. 

Punca yang menyebabkan kucing hilang selera makan dibahagikan kepada empat iaitu keadaan cuaca panas, demam, cacing dalam perut dan jemu makan makanan yang sama. Pertama, keadaan cuaca panas boleh mengakibatkan kucing hilang selera makan. Kedua, apabila kucing anda tidak aktif atau tiada selera makan. Salah satu tanda kucing tidak sihat adalah sakit atau demam. Ketiga, ketidakselesaan perut kucing merupakan punca hilang selera makan. Ini disebabkan kewujudan cacing di dalam perut kucing. Keempat, kucing mudah jemu apabila disajikan makanan yang sama setiap hari. 

Berikut merupakan penyelesaian bagi punca cuaca panas, sakit atau demam, cacing dan mudah jemu. Pertama, apabila keadaan cuaca panas anda boleh berikan kucing anda memakan snek CAIO atau supplement Transfer Factor. CIAO mengandungi kandungan mineral yang tinggi, senang untuk dihadam dan sesuai untuk kucing dewasa & anak kucing. Transfer Factor pula, dapat menguatkan antibodi kucing dan berfungsi untuk peningkatan daya imun badan kucing. Kedua, apabila kucing demam atau sakit anda boleh memberikan vitamin VETACAT atau supplement JUSZ PLUS. VETACAT merupakan vitaman sesuai untuk menambah selera makan kucing dan memberi antibodi yang kuat pada kucing dan dapat mengurangkan bulu gugur pada kucing. Supplement JUSZ PLUS merupakan supplement yang diperbuat daripada minyak kelapa membantu meningkatkan imun badan kucing, dijadikan sebagai imun booster dan mengurangkan hairball & kucing menjadi aktif. Ketiga, untuk membantu kucing anda jemu makan makanan yang sama. Anda boleh menukarkan makanan kering kucing kepada jenama Happy Cat dan Taste of the Wild. Happy Cat mengandungi perisa kambing dan dapat mencegah pembentukan batu di saluran air kencing kerana mempunyai pH urine yang optimum. Manakala Taste of the wild mempunyai perisa rusa dan mempunyai bau yang kuat dapat menarik deria bau kucing anda. Keempat, untuk mencegah pembiakan cacing dalam perut kucing anda ialah menggunakan ubat cacing WORNMILL bagi membasmi cacing gelang & cacing kerawit pada kucing. 

Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. 




Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing hilang selera makan boleh didapati di kedai kami MJ Garden Petshop. 

Terima kasih.

Thursday, March 8, 2018

Pembukaan MJ Garden Petshop

Hye, semua pecinta kucing Malaysia. Apa khabar. :D

Mesti ada yang dah tahu tentang MJ Garden Petshop yang telah terkenal sejak tahun 2011 yang merupakan Syurga bagi semua pecinta kucing di Melaka.



MJ Garden Petshop adalah online petshop di Negeri Melaka yang menjual pelbagai keperluan asas untuk si bulus kesayangan anda. Antara barangan dan produk kucing yang dijual adalah makanan kucing atau kibbles seperti Royal Canin, Blackwood, Brit, Love Cat, Glory Cats, PowerCat, Sabina, Maxi, Icats, Buttons and Bows, Equilibrio, Happy Cat, Orijen, Taste of The Wild, Dormeo dan juga Cats Eye.

Terdapat juga pelbagai makanan basah ataupun wetfood yang turut digemari kucing seperti Friskies, Whiskas, PowerCat, SuperCat, Brit, Fancy Feast, Monge, Cindy Recipe, Fussie Cat, Cats Agree, Love Cats, Avoderm, Royal Canin. Dengan pelbagai pilihan makanan kucing MJ Garden Petshop menjadi pilihan utama semua pecinta kucing di Malaysia.




MJ Garden Petshop juga turut menjual pelbagai pilihan sangkar kucing dari pelbagai saiz dan jenis. Terdapat sangkar kucing 1 tingkat, 2 tingkat, 3 tingkat dan sangkar heavy duty iaitu sangkar yang mempunyai besi padu yang tahan lama dan muat untuk mengisi sehingga 10 ekor kucing. Selain itu terdapat juga perabot kucing yang dijual dan sofa kucing untuk diletakkan di dalam sangkar.

Bagi yang gemar ingin mendapatkan keperluan kucing yang lengkap MJ Garden Petshop juga turut menjual ubatan, supplement dan vitamin untuk kucing bagi mengatasi masalah kurang selera makan, masalah bulu gugur ataupun masalah normal bagi kucing seperti demam, sakit mata ataupun selesema.


Bukan hanya menjadi menjual produk kucing MJ Garden Petshop berusaha untuk menjadi salah satu Pet Store terbaik dan terbaik dengan menawarkan pusat sehenti untuk kekasih kucing di luar sana. Kami melayani pelanggan melalui Walk in di premis perniagaan di Bandar Baru Masjid Tanah Melaka beralamat.
 Alamat : No 902-903 Jalan Bandar Baru 5, Taman Bandar Baru, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
  Waktu Operasi : 9a.m – 9p.m
 📱Haniss: www.wasap.my/60176775736
 📱MJ Garden Petshop: www.wasap.my/60132405736
 📱The Rugged Dandanan for Cats: www.wasap.my/60133245736


Sekiranya anda tidak pasti mengenai lokasi kami anda boleh Google MJ Garden Petshop untuk menggunakan aplikasi
Google Maps: MJ Garden Petshop
Waze : MJ Garden Petshop
Foursquare: MJ Garden Petshop

Jika anda tinggal di Melaka dan tidak mempunyai masa untuk singgah dan datang ke MJ Garden Petshop. Kami menawarkan perkhidmatan Cash on Delivery ataupun penghantaran terus ke rumah anda. Pesanan boleh dibuat semudah dengan Whatsapp sahaja kepada kami barang yang ingin di order untuk penghantaran ke rumah anda. Cas penghantaran bermula dari RM5. Penghantaran ke rumah hanya boleh dilanggan oleh pecinta kucing di Negeri Melaka sahaja.




Jangan risau jika anda berada di luar Negeri Melaka. Kami masih menghargai anda dengan menawarkan perkhidmatan pembelian online. Keperluan kucing ini bukan hanya boleh didapati di Negeri Melaka kerana MJ Garden Petshop juga menjual semua keperluan kucing secara online yang boleh di pos ke seluruh Malaysia. Kesemua produk yang dijual di MJ Garden boleh didapati di laman web utama MJ Garden Petshop,






Untuk haiwan kesayangan yang bersih dan rapi yang bersih The Rugged Dandanan for Cats  yang ditubuhkan oleh MJ Garden Petshop menawarkan servis mandian dan dandanan untuk kucing dan hotel kucing yang terbaik dengan harga yang berpatutan dalam memastikan penjagaan kucing bersih dan kucing yang bersih. The Rugged Dandanan Oleh kerana kami adalah salah satu daripada Certified dari Instructor Grooming dan CFA Breeder dan Exhibitor kebanyakan orang mempercayai kami, haiwan kesayangan menyukai sentuhan lembut & kasih sayang kami. The Rugged Dandanan for Cats adalah tempat yang bagus untuk mempunyai pusat penjagaan kucing dan pusat perhatian yang mesra untuk rakan anda yang berkaki empat.

Real Litter Pasir Paling Power

Assalammualaikum dan selamat tengahari.  Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini ...