Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini dikategorikan sebagai pasir arang. Terdiri kepada 3 jenis iaitu Real Litter Multi Cat 10L, Real Litter Combat 13L & Real Litter Hygiene 13L. Kelebihan pasir Real Litter adalah mempunyai sistem anti bakteria yang mampu mencegah masalah kuman atau virus. Setiap jenis pasir Real Litter ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jom sambung baca mengenai kelebihan setiap pasir Real Litter..
Real Litter Multi Cat 10L sesuai untuk anda yang mempunyai jumlah si bulus yang banyak dan kuantiti pasir 10liter. Ianya selamat digunakan kerana tidak akan membahayakan kesihatan si bulus anda dengan adanya pelindung anti bakteria. Antara kelebihannya ialah menggunakan formula penggunaan kucing yang banyak, teknologi karbon yang mampu menyerap bau busuk najis, kuasa dua kali ganda dengan pantas menyerap najis, tidak mudah melekat pada tapak kaki / tangan si bulus dan pasir tidak berdebu.
Real Litter Multi cat 10L
Real Litter Combat 13L sesuai untuk pencinta kucing yang tidak mempunyai masa untuk menapiskan najis si bulus setiap hari dan sensitif dengan bau busuk najis si bulus. Dengan mempunyai kuantiti pasir 13liter dan kelebihan dapat mengurangkan aktiviti anda menapis najis si bulus setiap hari, kuasa dua kali ganda perlindungan anti bakteria, kebolehan tidak mudah melekat pada tapak kaki / tangan si bulus. Dan yang paling penting ianya tidak berdebu. Memudahkan anda untuk menapis tanpa kena debu-debu pasir. Sebagai contoh, Real Litter Combat 13L ini sesuai digunakan untuk ibu bapa si bulus yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk menapiskan najis si bulus setiap hari. Ia dapat membantu mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa ibu bapa si bulus.
Real Litter Combat 13L
Real Litter Hygience 13L sesuai untuk si bulus yang mempunyai masalah sakit seperti kurap dan alergik terhadap pasir tertentu. Dengan kemampuan menyerap najis dengan lebih lancar kerana mengandungi kandungan silica yang mampu menyerap kelembapan dan bau daripada terperangkap. Tindakan pelindungan 3 kali ganda maksima anti bakteria yang mampu melindungi kebersihan si bulus anda. Dan juga, ianya mempunyai kuasa tidak mudah melekat pada tapak kaki / tangan si bulus. Selain itu juga, Real Litter Hygience ini sesuai digunakan kepada anak kucing yang baru belajar membuang air / najis kerana ianya selamat digunakan kepada anak kucing dengan adanya kuasa anti bakteria 3 kali ganda lebih hebat.
Real Litter Hygiene 13L
Kini anda boleh dapatkan stok Real Litter di MJ Garden Petshop. Atau pembelian di atas talian di Shopee atau Lazada MJ Garden Petshop.
No comments:
Post a Comment