Wednesday, April 18, 2018

Masalah Kucing Cirit Birit

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kami nak kongsikan perkongsian bertajuk Masalah Kucing Cirit Birit. Ramai pencinta kucing tidak tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka menghadapi masalah cirit birit. 


Punca yang menyebabkan kucing cirit birit dibahagikan kepada tiga iaitu pertukaran makanan secara mendadak, kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu dan tidak mendapatkan rawatan ubat cacing. Pertama, pertukaran makanan secara mendadak juga boleh menjadi punca kucing anda mengalami masalah cirit birit. Sekiranya anda boleh memberikan makanan baru kepada kucing anda pastikan mengikut ratio tersebut : (rujuk gambar di Jadual Pemberian Makanan Baru secara beransur-ansur). Kedua, apabila kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu, perut kucing tidak mampu untuk menghadam laktosa (gula) yang terkandung di dalam susu lembu tersebut. Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami masalah cirit-birit. Ketiga, kebiasaannya masalah cirit-birit berlaku apabila kehadiran lendir / darah pada najis menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Sisa makanan luar yang terbiar lama boleh menyebabkan perut kucing anda mengalami masalah cacing dan menyebabkan cirit-birit. Tidak melakukan rawatan cacing di vet berhampiran juga menjadi faktor kucing peliharaan anda boleh mengalami cirit-birit.


Berikut merupakan penyelesaian bagi punca pertukaran makanan secara mendadak, kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu dan tidak melakukan rawatan cacing. Pertama pertukaran makanan secara mendadak, kami boleh mencadangkan anda menggunakan makanan kering iaitu Royal Canin Sensible 33 merupakan makanan super premium. Diformulasikan secara khusus dengan zat gizi yang mudah dicerna dan mengandungi protein yang mudah dicerna dan bahan terpilih untuk meningkatkan sistem percernaan dan sumber dari serat-serat tertentu dan prebiotik yang membantu mendukung perkembangan bakterus baik dan menjaga keseimbangan badan kucing peliharaan anda.


Kedua, apabila kucing meminum susu yang berasaskan susu lembu boleh digantikan dengan susu Cindy Recipe Milk Cat & Kitten dan Pets Own Milk. Cindy Recipe Milk sesuai untuk anak kucing berusia 6 minggu ke atas dan kucing dewasa. Diperbuat daripada 100% susu lembu asli tanpa kandungan gula dan Belgium. Diformulasikan dengan vitamin dan taurin yang bagus untuk keseimbangan kesihatan kucing. Pets Own Milk sesuai untuk kucing dewasa dan diperbuat dari Australia. Susu yang bebas dari kandungan laktosa. Terdapat kandungan kalsium yang bagus untuk membentuk tulang yang kuat dan kepadatan tulang kucing. Mengandungi lemak asid yang membantu mengekalkan kulit dan bulu yang cantik. 


Ketiga, apabila kucing mengalami masalah berak berlendir / darah digalakkan memberikan ubat cacing untuk mencegah cacing dalam perut kucing bagi membasmi cacing gelang dan cacing kerawit. Dos untuk berikan kepada kucing ialah 0.5ml berat badan kucing pada usia 2, 4, 6 dan 8 minggu. Manakala 1ml untuk kucing dewasa. 


Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat  mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat  kepada anda.




Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing bulu gugur boleh di dapati di kedai kami MJ Garden Petshop.

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Real Litter Pasir Paling Power

Assalammualaikum dan selamat tengahari.  Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini ...