Monday, April 2, 2018

Masalah Kucing Bulu Gugur

Assalammualaikum dan salam sejahtera.


Hari ini kami nak kongsi serba sedikit perkongsian bertajuk Masalah Kucing Bulu Gugur. Masalah ini berlaku kepada pencinta kucing yang membela kucing peliharaan mereka. Tetapi berapa ramai pencinta kucing tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka berhadapan dengan masalah tersebut? Adakah mereka tahu cara untuk menyelesaikan masalah yang dibelenggu oleh kucing peliharaan mereka? Mari kami kongsikan kepada anda.


Punca yang menyebabkan kucing bulu gugur dibahagikan kepada tiga iaitu kekurangan nutrisi atau zat vitamin, kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna dan kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik. Pertama, kekurangan nutrisi atau zat vitamin dalam badan kucing juga boleh menjadi penyebab bagi masalah bulu gugur pada kucing peliharaan mereka. Kucing peliharaan anda mudah hilang selera makan sehingga menjadikan kucing anda stress dan kemurungan. Hal ini boleh menjadi punca kucing anda mengalami masalah bulu gugur. Kedua, kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna-warni sehingga menyebabkan bulu kucing gugur. Kandungan bahan pewarna serta garam yang tinggi berpotensi menyebabkan bulu kucing anda gugur. Ketiga, kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik seperti membiarkan kucing dalam keadaan tidak bersih atau tidak memandikannya dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan pembiakan kutu berlaku. Hal ini akan menyebabkan kucing mengalami masalah gatal pada kulit. Kucing peliharaan mula kerap menggaru sehingga luka dan menyebabkan bulu gugur. 


Berikut merupakan penyelesaian bagi punca kekurangan nutrisi atau zat vitamin, makanan yang berwarna-warni atau kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik. Pertama, apabila kucing kekurangan nutrisi atau zat vitamin anda boleh berikan kucing anda memakan Nutri-Vet Brewer Yeast atau GimCat Multi-Vitamin PasteNutri-Vet Brewer Yeast berbentuk pil dan mengandungi vitamin B, zink, protein dan asid amino. Ianya juga mengandungi nutrisi yang boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan kucing dan menjadikan kulit kucing sihat dan bersinar. Manakala GimCat Multi-Vitamin Paste berbentuk gel yang mudah dihadam serta mudah diberi kepada kucing peliharaan mereka. Ia mengandungi 12 vitamin dan terdapat nutrisi yang seimbang dalam membantu perkembangan kulit dan bulu kucing.

Kedua, apabila kucing peliharaan diberi makanan yang berwarna-warni yang berpotensi menyebabkan bulu kucing gugur, anda boleh menukarkan kepada makanan kering kepada jenama Sabina dan Buttons and Bows. Sabina sesuai untuk kucing dewasa dan anak kucing yang mempunyai perisa ikan. Dan juga, mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang seimbang untuk proses pembesaran kucing. Selain itu, Sabina juga mengandungi omega 3 & 6 yang berkhasiat untuk bulu kucing berkilat dan sihat. Seterusnya Buttons and Bows sesuai untuk kucing dewasa dan anak kucing. Ia merupakan perisa ayam dan mengandungi kualiti protein yang diperbuat daripada ayam yang berkualiti tinggi dan protein telur. Ia juga terdapat omega 3 & 6 yang dicampur dengan rami untuk merangsang kulit dan bulu yang sihat. 

Ketiga, kucing wajib mandi sekurang-kurangnya sebulan dua kali bagi mengelakkan dijangkiti kutu atau kurap. Kucing digalakkan mandi bagi mengelakkan ketidakselesaan pada badan apabila badannya kotor. The Rugged Dandanan For Cats (TRD) menyediakan perkhidmatan untuk mandikan kucing peliharaan anda. Terdapat empat jenis mandian iaitu mandi kutu, mandi kurap, mandi basic dan full grooming.

Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. 






Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing bulu gugur boleh di dapati di kedai kami MJ Garden Petshop.

Terima kasih.


1 comment:

  1. Nak tanya yg gimcat multivitamin tu sesuai tak untuk kitten?

    ReplyDelete

Real Litter Pasir Paling Power

Assalammualaikum dan selamat tengahari.  Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini ...