Sunday, March 11, 2018

Kucing hilang selera makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini kami nak kongsi serba sedikit perkongsian bertajuk Kucing Hilang Selera Makan. Ramai pencinta kucing tidak tahu cara untuk mengenalpasti apabila kucing mereka sakit yang menyebabkan hilang selera makan. 

Punca yang menyebabkan kucing hilang selera makan dibahagikan kepada empat iaitu keadaan cuaca panas, demam, cacing dalam perut dan jemu makan makanan yang sama. Pertama, keadaan cuaca panas boleh mengakibatkan kucing hilang selera makan. Kedua, apabila kucing anda tidak aktif atau tiada selera makan. Salah satu tanda kucing tidak sihat adalah sakit atau demam. Ketiga, ketidakselesaan perut kucing merupakan punca hilang selera makan. Ini disebabkan kewujudan cacing di dalam perut kucing. Keempat, kucing mudah jemu apabila disajikan makanan yang sama setiap hari. 

Berikut merupakan penyelesaian bagi punca cuaca panas, sakit atau demam, cacing dan mudah jemu. Pertama, apabila keadaan cuaca panas anda boleh berikan kucing anda memakan snek CAIO atau supplement Transfer Factor. CIAO mengandungi kandungan mineral yang tinggi, senang untuk dihadam dan sesuai untuk kucing dewasa & anak kucing. Transfer Factor pula, dapat menguatkan antibodi kucing dan berfungsi untuk peningkatan daya imun badan kucing. Kedua, apabila kucing demam atau sakit anda boleh memberikan vitamin VETACAT atau supplement JUSZ PLUS. VETACAT merupakan vitaman sesuai untuk menambah selera makan kucing dan memberi antibodi yang kuat pada kucing dan dapat mengurangkan bulu gugur pada kucing. Supplement JUSZ PLUS merupakan supplement yang diperbuat daripada minyak kelapa membantu meningkatkan imun badan kucing, dijadikan sebagai imun booster dan mengurangkan hairball & kucing menjadi aktif. Ketiga, untuk membantu kucing anda jemu makan makanan yang sama. Anda boleh menukarkan makanan kering kucing kepada jenama Happy Cat dan Taste of the Wild. Happy Cat mengandungi perisa kambing dan dapat mencegah pembentukan batu di saluran air kencing kerana mempunyai pH urine yang optimum. Manakala Taste of the wild mempunyai perisa rusa dan mempunyai bau yang kuat dapat menarik deria bau kucing anda. Keempat, untuk mencegah pembiakan cacing dalam perut kucing anda ialah menggunakan ubat cacing WORNMILL bagi membasmi cacing gelang & cacing kerawit pada kucing. 

Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. 




Kesemua jenis produk yang kami cadangkan dalam menangani masalah kucing hilang selera makan boleh didapati di kedai kami MJ Garden Petshop. 

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Real Litter Pasir Paling Power

Assalammualaikum dan selamat tengahari.  Hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua, mengenai Pasir Real Litter. Pasir Real Litter ini ...