Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini kami nak kongsikan perkongsian bertajuk Kucing Dijangkiti Kutu. Ramai pencinta kucing tidak mengetahui cara untuk mengatasi masalah kutu yang dijangkiti oleh kucing mereka.
Punca yang menyebabkan kucing dijangkiti kutu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik, persekitaran luar rumah yang kotor dan tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Pertama, kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik seperti dibiarkan kotor tanpa membersihkan atau memandikan kucing dalam tempoh agak lama. Kedua, persekitaran luar rumah yang kotor serta kucing-kucing luar yang datang ke rumah anda boleh mengakibatkan kucing anda diangkiti kutu. Ketiga, tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Hal ini menyebabkan pencinta kucing memandang enteng atau tidak mengambil tahu untuk merawat kutu pada kucing peliharaan dengan menggunakan ubat kutu.
Berikut merupakan penyelesaian bagi punca kucing peliharaan tidak dijaga dengan baik,
persekitaran luar rumah yang kotor dan tiada pendedahan mengenai rawatan kutu pada peringkat awal. Pertama, kucing wajib mandi sekurang-kurangnya sebulan dua kali bagi mengelakkan dijangkiti kutu. The Rugged Dandanan For Cats (TRD) menyediakan perkhidmatan untuk mandikan kucing. TRD juga menyediakan perkhidmatan pick-up di rumah, jika anda tidak mempunyai masa untuk menghantar kucing mandi. Terdapat empat jenis mandian iaitu mandi kutu, mandi kurap, full grooming dan mandian basic. Kedua, kucing yang telah mendapatkan mandian kutu atau rawatan ubat kutu digalakkan kuarantin menggunakan sangkar yang bersesuaian bagi mengelakkan jangkitan kutu berlaku lagi. Tujuan kuarantin kucing adalah untuk mengelakkan kucing anda bergaul bebas dengan kucing luar yang berkemungkinan mempunyai kutu badan yang kronik. Ketiga, terdapat dua jenis ubat kutu yang kami cadangan dalam menyelesaikan masalah kutu kucing iaitu Jusz End-It dan Frontline Spray. Jusz End-It merupakan ubat kutu yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Tiada campuran kimia dan tidak membahayakan kucing anda. Setiap kotak mengandungi 4 tiub yang bertahan selama 4 hingga 6 minggu untuk 1 tiub. Berat kucing 4kg dan ke atas untuk 1 tiub. Frontline Spray berbentuk spray. Cara penggunaan spray ialah dengan menggunakan collar di leher kucing selepas spray keseluruhan badan kucing. Kucing yang menyusukan anak kucing tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan si ibu kucing. Kawalan kutu dewasa apabila digunakan setiap 4 hingga 8 minggu.
Kami kongsikan paparan infografik bagi memudahkan anda untuk membaca maklumat mengenai punca dan penyelesaian secara lebih ringkas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Kesemua jenis produk yang kami cadangan dalam menangani masalah kucing dijangkiti kutu boleh didapati di kedai kami MJ Garden Petshop.
Terima kasih.